TERJEMAHAN AL-QURAN

QURAN TRANSLATION

Me MySeLf & I

sToRy Of My LiFe..

How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why.. This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life. All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!! Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion. Enjoy your readings!! CHIEF MAFIA

~ i LiKe ~

MY IKRAM JOURNEY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

BLIAW IN MY LIFE~

Daisypath Friendship tickers

~ LEAVE UR TRACE ~

I'D LIKE 2 WELCOME EVERYONE 2 MY PAGE!! DO LEAVE UR TRACES HERE~ LUV U LOTS!!
Showing posts with label SHARING IS CARING. Show all posts
Showing posts with label SHARING IS CARING. Show all posts

7.11.12

RINTIHAN JANIN

Bulan 1
Ibu~ panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu.. Bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan ke-2
Ibu~ adik dah boleh merasa jari jemari.. Disini terasa hangat ibu.. Nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye..

Bulan ke-3
Ibu.. Biar pun adik belum tau jenis jantina adik, tapi apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan.. Jangan menangis ya ibu.. Kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan ke-4
Ibu~ rambut adik dah mula tumbuh.. Adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan..

Bulan ke-5
Ibu~ tadi jumpa doktor ya?? Doktor cakap apa? Αpa benda D&E tu ibu? Αdik tak akan di apa-apa kan ya bu?

Bulan ke-6
Ibu jumpa doktor tu lagi ya? Ibu.. Tolong bagi tau doktor tu, adik di sini sihat-sihat je.. Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, ibu tolong adik. Adik takut!! Benda tajam tu mula memotong kaki adik. Sakiittt ibu!! Walaupun adik dah tiada kaki, adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu.. Ibu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik?? Ibu tolong adik!! Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu.. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki, adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi.. Benda itu sekarang sudah mula memotong dan memutuskan leher adik, ibu.. Maaf ibu .. Berilah adik kesempatan hidup.. Adik sayang ibu.. Adik teringin nak memeluk ibu ..
~ janin berusia 24 minggu = 6 bulan~
sanggupkah memperlakukan sedemikian??

Bulan ke-7
Ibu~ adik di sini sihat-sihat je.. Adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga.. Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu.. Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, menggendong adik dgn lembut dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E.. Kenapa ibu tetap melakukannya? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik? Αpa salah adik, ibu? Ibu bertaubat ya, semoga Tuhan menempatkan ibu di sini.. Nanti kita main-main disini dan jangan lupa ajak ayah juga ya ibu .. ♥

Terlalu cepatkah seorang bayi yang belum sempat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa? Renung-renungkanlah..

# Nota Perubatan #
D&E ialah dilation & evacuation (dibaca menurut kamus : pengembangan & pemindahan) dilakukan semasa trimester ke-2 ketika mengandung.

(Untuk maklumat lanjut sila layari laman web WebMDPerkongsian informasi ini bukanlah bertujuan menggalakkan perbuatan menggugurkan anak luar nikah, tapi sekadar perkongsian dari sudut perubatan.)

CHIEF 

23.8.12

IKHTILAT


Haa~ Mesti ada di antara kita yg kurang suke bila ada postings tentang bab2 agama ni.. :) Xpe, tak paksa utk bace or amik tahu pon. Tp tahukah anda bahawa melalui pembacaan itu kte ley tambah ilmu?? ^_^

Betol!! Tak tipu~ Sy pon dulu jarang membaca, sbb sy ni jenis malas!! Tp lately, bila sy ada sahabat2 yg suke berkongsi ilmu n postings yg berkaitan akhirat, sy pon menjadi gian utk membace!! BEST!!

So tadi, masa sy tgh dok main FB as usual, adik sy Ashraf Idris ada posting kat IKRAM Discussion Group tu.. Tentang ikhtilat!! So, sy pon nk amik kesempatan ni utk share ape yg boley.. IMPORTANT!!


Pengecualian dari hukum asal ikhtilat tersebut 

1.Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuanmemberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain . Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram. 
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat Muamalat Maliyyah (urusan harta)

2. Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

3. Penyaksian (urusan mahkamah) 
Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan. 

4. Urusan kerja 
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad. 

5. Melayani tetamu 
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya ‘khalwah’ (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu. 

6. Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat 
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berfoya-foya . Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga , menziarahi keluarga , pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya. 

7. Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis 
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan. 

8. Pergaulan semasa belajar 
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam 
Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi. 
1.Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
2.Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. 
3. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 
4. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap. 


Andai mahu membaca lebih lanjut berserta dalil2 nye, sila jmpa Mr.Iq ye~ ^_^

CHIEF

1.7.12

KISAH ITU

Pernah tak if kte duduk diam2, sambil fikiran menerawang entah ke mane, kte bfikir sometg yg mmg tak nak kte pk?
Pernah tak terlintas d minda kte ttg asal-usul family kte?
Pernah tak tertanya pd diri sendiri nape kte jauh beza dpd adik-beradik kte?
Haa~ Mesty jarang2 kan kte bfikir cmtu?? :) Normal la tuu.. Mane pernah kte anggap diri kte yg sgt disayangi oleh family kte ni, d opposite way, rite? Sbb tu org slalu ckp THINK POSITIVE!! Ada hikmah disebalik stp kejadian itu.. Insya'Allah~

Ni nak story sikit la kan..
A few years back, I've got to know of this person. Let me name this person as "A". A is a very nice person, friendly, sweet, charming, kind, responsible, discipline and all those wonderful adjectives that can describe A. A is a very obedient child and very respectful towards elders.

A ada banyak kawan, teman tetapi hanya ada beberapa org je sahabat. :) [tau kan d differences??] Tapi A tak pandang sume tu, apa yg penting pada A adalah keikhlasan. A is a kind of a person everyone wants to be-friends with.

On 1 fine day in 2007, sahabat kpd A telah dijemput sendiri oleh A bertandang ke umah nye. Let me name A's friend as "B". :) A dan B berkawan sejak 2005. B pon dgn bangga nye menerima pelawaan A. Aty B berbunga2 sbb A dah janji nak ajak p mandi air terjun la, ronda2 la, redah sungai la, mcm2 lg la yg sesama sahabat boleh lakukan. ^_^ Dgn penuh bersemangat B pon melangkah masuk ke umah A dgn penuh tanda tanya.. Byk persoalan yg bermain d fikiran B~ Tp sume nye B simpan kemas2 dlm aty B.

B sgt suke bersahabat dgn A. Wpon A adalah yg sulung dlm family nye, tp perwatakan A tak melambangkan nye sdkt pon. Maybe sbb byk sgt adik di bawah nye (mengikut ranking), hinggakan A pon dah terikut2 dgn tingkah-laku adik-beradik nye yg masih comel :) B sntasa bfikiran positive. B xnak ada syak wasangka terhadap A. B nak persahabatan dorg terjalin bkn atas dasar "Sape family A? Tp sape A." [phm x st8ment ni?? mcm confusing kan?? xpe2, wat2 phm sudaa~ continue...]

Ms bertandang tu le B found out ttg background A. Tu pon mcm "Amazing Discovery" gituu~ Perbualan terperinci dgn adik A telah wat B memahami situasi n latar belakang A. B cukup syahdu dgn cerita itu. Bkn Hikayat Ramayana atau Kisah Romeo dan Juliet je yg syahdu syahdan ok!! Kisah hidup A pon penuh linangan airmata tau~ :'(

So B telah bertekad utk simpan cerita sedih itu sebaik mungkin jangan sampai ada sorg pon sahabat, teman atau kawan A yg mengetahui. [secret keeper betol la si B nii~ alhamdulillah..] B terus bersahabat dgn A tanpa memandang history A yg penuh liku itu. B terima A seadanya kerana A adalah A dan tiada org lain dpt menggantikan A yg pernah hadir dlm idop B [please be reminded dat this is not a love story, but it is a LOVE story. :) what's d diff? go figure~]

Rahsia A telah B simpan selama 5 tahun tanpa A tahu. Then every secrecy will come to an end. Bkn bpunca dpd B tp ats kehendak A sendiri. Dan juga sbb family A. What's d secret?

A adalah ank sulung kpd En.C dan Pn.D serta mempunyai 4 adik. :) Family ini adalah family susuan nye. Alhamdulillah.. A menerima perkara ini smtg positive. Ye la, xkan la A nk tolak family susuan nye yg dah jaga dia sejak sebesar tapak tgn smpi dah menggalah skrg ni, bila dia dah dpt tau ttg family kandung nye, ye idok? [i like d way A is being professional ^_^] A pandai menjaga aty kedua2 family nye. B sbg kawan A sgtlah berbangga dgn sikap penerimaan A itu. A xdele mcm sstgh org bl dh dpt tau yg dia tu ank agkt, xley trime hakikat. Lari bawa diri la, bunuh diri la, menyendiri la, revenge la, mcm2 lg laa.. [yg mcm kte tgk kat drama2 Melayu tu laa~ = = "]

Perjanjian ketika mengambil A (atas sebab family kandung kesempitan idop), "A perlu mengetahui perkara sebenar n mengenali keluarga kandung nye pada umur 18tahun." Namun Allah adalah Maha Segala Perancang. Ayah nya telah dipanggil kembali kpd Allah sebelum sempat A mengenalinya. Luluh aty family susuan A tatkala mengetahui cerita itu. Apatah lg A yg penuh berharap... :'( [hny airmata yg mampu bertindak balas ketika B mengetahui cerita ini~]

Rentetan dpd pertemuan dgn mak kandung A lah yg membuahkan cerita syahdu ini. Sguh pun ayah A sudah pergi tak kembali, cukuplah sekadar A kenal mak yg melahirkannye dgn susah-payah, kakak2 dan abg kandungnye sedarah sedaging. Itu cukup menggembirakan aty A.

Hmm~ Itulah d hidden secret of A, yg xramai org tau. Sume org menjadi tau apabila layangan undangan perkahwinan A diedarkan. B yg cukup anxious menerima kad undangan itu dgn aty yg bdebar2 mbuka elok2 kad itu. Instinct B menyatakan bhwa dlm kad tu pasti ada name family kandung A. TEPAT!!! Ternyata ada name mak kandung A n arwah bapanye. Alhamdulillah~ A sungguh adil org nye. :)

Apabila B serahkan kad undangan itu kpd kenalan yg ingin melihat kad kawen nye, sume org terkejut dan btanya soln yg same "Npe ada name 2 parents?". :) B hny mampu tsenyum dgn jwpn "Nanti korg akn tau.." Wpon sbnarnye sebak d aty B tak tertanggung.

Setelah berjauhan jasad selama 27 tahun, akhir nye dipertemukan dlm majlis yg indah lg diberkati Allah. Majlis Pernikahan. Alhamdulillah~ Allah mungkin telah memakbulkan doa A utk bertemu family kandungnye sebelum dia bernikah.

B menjadi "kritikal" [bkn nye sakit, asphexia, or pe2 pon.. cume aty B tersentuh] apabila selesai lafaz "Aku terima nikahnye.." itu. Airmata B tak tertahan bila A bersalaman dgn kedua2 family nye sambil mencium mereka. Ya Allah~ Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap apa yg berlaku di ms lalu, kini dan depan. B sgt bersyukur kerana Allah telah pertemukan mereka semua semula utk menjadi keluarga yg bahagia.

Di kenduri A, jelas wajah riang setiap ahli keluarga A yg berada di situ. Namun B, selaku sahabat baik A, dapat merasakan yg A sdg menyembunyikan sesuatu. A kurang dapat tumpu perhatian tatkala insan di sekelilingnya bercakap dengan nye. B dgn aty yg sebak cuba menepis segala wasangka yg bersarang dan hny menganggap A sbg keletihan. Selesainye kenduri A, maka bermulalah sebuah lg episod hidup yg perlu dilalui oleh A dgn penuh tabah dan tanggungjawab.

B sentiasa mendoakan kejayaan A dunia akhirat serta sentiasa mendoakan kebahagiaan A & pasangan serta zuriat2 mereka nanti. Insya'Allah~

So, syahdu gak kan cter A tuu..?? :( As far as I am concern, Allah tak akn uji hambaNya lebih dpd kemampuan mereka. Sy selaku tukang cerita sentiasa akn doakan insan2 yg sy cterkan di ats, hidup aman sentosa di bawah lembayung rahmat Nya. Amiin~

CHIEF.








5.5.12

HATI YG BERSEDIH~

PETUA UTK HATI YG BERSEDIH


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.w.w. kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukkan Diri dengan Sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan Perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan 
sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.


(ADAPTED FROM ENSIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA)


CHIEF

DIET MENGIKUT JENIS DARAH


Diet Untuk Golongan Darah ‘A’
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.


(ADAPTED FROM SOMEWHERE~)


CHIEF

SUSAH DAPAT JODOH??


PETUA UTK ORG YG SUSAH DPT JODOH


1. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

2. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

3. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

4. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

5. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

6. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

7. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

8. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

9. Anda boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

10. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

11. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

12. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

13. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.



(ADAPTED FROM ENSIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA)


CHIEF

10.4.12

AKU TULANG RUSUK KIRI SIAPA?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
Bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

(ADAPTED FROM ILUVISLAM.COM)

CHIEF

9.4.12

HUKUM MEMASUKI GEREJA

Yesterday, I received an invitation from my school friend. One of my best buddies!! :) Very2 glad dat she's getting married. When?? 7th July 2012.. Soooooo happy for her.. Congrats Lay Hoon!! ^_^

Tapi yg menjadikan aty ini berbelah bagi ialah lokasi nye. Dia akan buat wedding tu di Church. Reservoir Garden Baptist Church, Penang. Org ni lak jenis yg krg sikit pengetahuan agama, telah mengemukakan persoalan tsebut kpd sahabat org Dr'Mujahidin. Beliau telah mberi pendapat beliau berdasarkan fakta2 Islam, spt di bawah:

but to me..just go to the wedding..
Dr.Asri sendiri pernah masuk church..tapi tak de pula isu dia keluar islam..

Berdasarkan dalil-dalil yang sahih menunjukkan bahawa Islam tidak melarang secara mutlak orang kafir untuk masuk ke dalam masjid, begitu juga orang Islam memasuki gereja. Namun yang diberi perhatian ialah situasi dan keadaan. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi terlarang dan dalam keadaan yang lain ia boleh jadi dibenarkan..

emm..sekiranya didalam majlis itu ada arak dan penuh dengan pesta pora.maka majlis itu boleh jadi haram bagi kita..dan boleh kita tolak pelawaan tersbut..tapi kalau tidak mahu tolak..datang dan ucapkan taniah..kemudian cakap dengan penuh berakhlak dan balik dengan senyuman...

lagi stu situasi..kalau datang..duduk dalam church..mesti akan ada doa dan nyinyian....maka duduk je diam2..better pergi berdua dan seorang muslim yang lain..jangan pergi sorang2.. seorang itu lebih mudah untuk syaitan menghasut..

kalau tak nak pergi..just tolak dengan elok..
alau nak pergi..cakap pada dia..hormatilah kita sebagai muslim..
kalau ada makanan2..pastikan ianya halal..dan air juga halal..
kalau tidak sry..

kita kena ingat..
sejauh mana baiknya mereka pada kita..
mereka tetap musuh Allah..
kalau mereka tak hormat kita..
kita juga harus tak hormat kepada mereka..


Selain tu, org gak ada surf2 net cari tentang hukum2 nye.. Jom kte pon same2 wat sdkt bacaan.

Website 1 : (AL-AHKAM.NET)

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. Terima Kasih kepada Saudara solid di atas pertanyaannya itu . Islam tidak melarang seseorang muslim itu untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam selagi mereka tidak menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya . Lantaran itulah Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah : Ertinya : “ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

Ertinya : “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “. Begitulah prinsip Islam terhadap golongan bukan Islam , iaitu berbaik-baik dengan mereka yang tidak memusuhi Islam dan umatnya dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan yang menentang Islam dan umatnya .

Kembali kita kepada topik yang dikemukakan di atas . Semata-mata masuk ke dalam gereja itu , tidak kami temui sebarang larangannya di dalam agama kita ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) . Walaupun begitu , ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan bersama , iaitu :

( 1 ) ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w : Ertinya : “ Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( kuasa ) , maka jika cara itu tidak terdaya dilakukannya maka hendaklah dengan menggunakan lisan ( nasihat dan teguran ) , dan kalau tidak mampu juga dengan lisan , maka hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan hatinya ( dengan perasaan tidak suka / tidak redha ) , kerana itu adalah selemah-lemah iman “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh , al-Imam Ahmad rh , al-Imam Abu Daud rh dan al-Imam Ibnu Majah rh .

( 2 ) ~ Atsar ( kata-kata sahabat r.a ) : Ertinya : Saidina Ali r.a pernah berkata : “ Aku pernah membuat makanan lalu aku menjemput Baginda Rasulullah s.a.w , maka manakala sahaja dia sampai ke rumahku , dilihatnya ada gambar-gambar di dalam rumahku , lalu Baginda s.a.w pun balik “ ~ Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh .

( 3 ) Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi : Ertinya : “ Barang siapa yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka janganlah sekali-kali di dalam satu majlis ( hidangan ) yang disediakan arak padanya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh , al-Imam Nasaie rh , al-Imam at-Tirmidzie rh dan al-Imam al-Hakim rh .

( 4 ) ~ Saidina ‘Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata : Ertinya : “ Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar “ ~ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab as-Solah .

Mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a : “ Kalau begitu , bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ? , dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ? . "

JAWAPANNYA :

Di sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut itu :

{ 1 } ~ Biasanya , pesta-pesta perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum – kenduri di rumah-rumah mereka . Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam , kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja , tetapi kenduri di rumah-rumah kita , ataupun di balairaya – balairaya dan bagi yang berduit banyak , di hotel-hotel . Oleh itu , jika kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam , maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita ke majlis akad nikah mereka . Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka . Kita Cuma perlu hadir ke rumah-rumah mereka sahaja yang di situlah mereka mengadakan majlis kenduri .

{ 2 } ~ Kalau kita bimbang juga kita dikira “ bersyubahat “ kerana di dalam majlis-majlis kenduri mereka sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya , maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita sehingga selesai majlis itu . Apabila selesai majlis itu , kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun “ berbasa-basi “ dan menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada ( kalau tiada pun tidak mengapa , sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia ) , dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu . Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ?.

{ 3 } ~ Kalau cara kedua “ tak jalan “ . Maka TANGGUHKANLAH lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai . Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu . Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari selepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan bagus sebagai GANTI ( qodho ) ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya . Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan ? . :smirk: Dan bukankah cara itu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik , sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ? . :yess Umat Islam hendaklah sentiasa “ cerdik “ , “ berhati-hati “ dan juga “ sentiasa berdakwah “ dengan segala kebolehan yang ada !!! . Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama . Wallahu A'alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATAWA MU’ASIROH III ( ms 668 ) ~ Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ha Penasihat & Mufti Negara Qatar serta Dekan Fakulti Syariah di Qatar ..

2 – KATA BERJAWAB : 1 –5 Oleh : al-‘Allamah Ustadz Abd. Qadir Hassan rh Topik : Mendatangi Pesta Kahwin Di Gereja , Halaman : 806 – 807 Terbitan : Yayasan al-Muslimun , Bangil , Indonesia Harga : 10.00 3 – SJ - 1961: PERAYAAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8472 4 - SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?


Website 2: (JAIS.COM)

Hukum Masuk Ke Gereja

Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

3.Yang Mutlak Diharamkan
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

CHIEF

26.3.12

FOLLOW UR DREAMS~

The 16 Reasons Why It Is So Important To Follow Your Dreams

1. The secret of living is giving, if you follow your dreams then you will have something worth sharing with others, hope, inspiration and a meaning to live, and that to me, is a great contribution.
2. Chasing your dreams will develop your courage. Courage is your fuel to achieve amazing success in life, follow your dreams and exercise courage. In sure enough time you will be unstoppable.
3. There is a reason why as kids we loved magic and dreams. Stop chasing your dreams and you will forget how it feels to live hopeful and young.
4. Great dreamers grow to be independent, learning that they can make a difference all by themselves.
5. Dreams can distract you from the negative events in life. You will weigh up what is more important, your dreams or the drama. Drama seems obsolete when you are passionate about following your dreams.
6. It gives you something to share and inspire your kids with, you have led by example that anything is possible when you put your mind to it.
7. Through accomplishing your dreams you will come to appreciate the experience of failure and know that failure is just part of success and that it wasn’t really all that bad as it was all worth it in the end.
8. Regret is a terrible thing, and a dream is powerful enough to bring you regret if you don’t take the chance to at least follow it.
9. Because you are never too old to dream. Age means nothing when we know what we want.
10. You become an interesting person, you show others you have meaning, direction and purpose.
11. The unknown of following your dreams may spark a little fear, this is okay though because a little fear is known to make you feel more alive.
12. It is fun proving the world wrong, so why would you follow the status quo?
13. The more you chase and accomplish your dreams the more the lines of the boundaries that the world puts in front of us fade, as we learn that any and everything is possible.
14. When you accomplish your dream, you are the first to see it happen. You can share your accomplishments with the rest of the world but you where there in the front row on a single chair to experience the magic that unfolded.
15. Your dreams have no limits, you are the creator of your dreams, big or small. When this is understood, you are able to design a way to favour you plan and accomplish your end goal.
16. A dream is strong enough to define you, once accomplished you prove to others they have no say in who you can and can’t be.

(ADAPTED FROM ADDICTED2SUCCESS.COM)

CHIEF

23.3.12

BERSEDIAKAH AKU MENJADI SUAMI??

Berkahwin itu mudah, nikah itu susah. Zaman sekarang kebanyakkan orang berfikiran jika sudah memiliki sebuah rumah, sebuah kereta atau lebih, dan mempunyai wang simpanan melebihi RM 30k.Mereka sudah layak untuk menjadi suami kepada kaum hawa yang disayangi dan dicintai.

Rukun sunnat muakkad pada istilah kahwin sudah dipalit sendiri dengan adat yang bidaah jika
diikutkan.Semakin maju tamadun dunia semakin adat dijulang sehinggakan adat melebihi agama. Hantaran yang beribu-ribu membataskan perkahwinan yang sering dianggap suci layak di 'sunnat muakkad'kan.


Secara tersiratnya hantaranlah penyebab ramai anak muda, remaja yang mudah terjebak dengan kancah penzinaan.Apa tidaknya, mereka memang ingin berkahwin tetapi adat membataskan segala-galanya.Dari sinilah agama diinjak-injakkan adat.

Zaman sekarang hanya lelaki yang memiliki sifat adjektif seperti rangkap pertama di atas sahaja boleh berkahwin sedangkan apa yang diperlukan atau persedian untuk seseorang bergelar suami pada asanya adalah seperti dibawah:

1. KEPIMPINAN
Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.

Allah berfirman:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.” [al-Nisa' 4:34]

Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas. Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.


Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin. Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.

Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.



2. KETEGASAN
Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.

Allah mengingatkan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Taghabun 64:14]

Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.

3. PEMELIHARA DARI API NERAKA
Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.

Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [al-Tahrim 66:06]

Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.

Allah memberi amaran: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff 61:2-3]

4. MEMBERI NAFKAH
Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.

Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.

Allah berfirman:

“Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu).” [al-Thalaq 65:07]

Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.

Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya. Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.

(ADAPTED FROM MYINFO101.COM)

CHIEF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAPPY ME

D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

MY HAPPINESS

MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE

EXTENDED GRATITUDE TO AMIN@AWE & KHAIRI NAIRFAN@UDIN FOR SHARING A FEW PHOTOS HERE.. (",)

MY MEMORIEZ

COURTESY OF NURUL AMIN@AWE