Menderu angin bertiup
Menyentuh lembut pipi ku
Tatkala sang suria kian berlabuh
Daku sekali lagi dirundung kesuraman
Detik di hati kian meruncing
Saat bayangan dirimu bermain di mata
Mengapa?
Soalan yang tiada jawapan
Sejak awal pertemuan lagi
Terlalu ingin diri mengenali
Walaupun dirimu sekadar kamu
Hatiku tiada pernah putus asa
Erti mengenalimu adalah segalanya
Tak pernah daku melahirkan
Hasrat dan keinginan dalam jiwa
Kenapa?
Penerimaan mu kepadaku sekadar saudara
Tiada yang akan berlaku selebihnya
Daku juga enggan dirimu jauh
Kerana diriku memberitahu perkhabaran
Yang tak mungkin dirimu terima
Di mana?
Dirimu akan ku temui lagi
Setelah kita akan berjauhan
Terpisah dek jarak dan waktu
Hakikat yang tak dapat ku terima
Setelah rapat sekian lama
Perpisahan ini datang menjelma
Bagaimana?
Harusku jalani hidup ini
Tiada gelak tawa mu sebagai penyeri
Tanpa senyum manja mu sebagai penawar
Bererti lagikah pelayaran ku ini
Apabila dirimu tiada lagi di sisi
CHIEF MAFIA
THIS IS SPECIALLY MEANT FOR D PERSON WHO IS FAR FROM MY SIGHT BUT ALWIZ NEAR AT MY HEART.
ReplyDelete