TERJEMAHAN AL-QURAN

QURAN TRANSLATION

Me MySeLf & I

sToRy Of My LiFe..

How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why.. This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life. All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!! Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion. Enjoy your readings!! CHIEF MAFIA

~ i LiKe ~

MY IKRAM JOURNEY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

BLIAW IN MY LIFE~

Daisypath Friendship tickers

~ LEAVE UR TRACE ~

I'D LIKE 2 WELCOME EVERYONE 2 MY PAGE!! DO LEAVE UR TRACES HERE~ LUV U LOTS!!

25.10.08

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & MALAM PRA-GRADUAN EE220 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Malam Pra-Graduan EE220 adalah majlis yang diadakan bagi meraikan para pelajar tahun akhir EE220 sesi Disember 2005 - Disember 2008. Majlis tersebut telah diadakan di Penang Golf Resort, Bertam, Pulau Pinang pada 24 October 2008.



Sebelum majlis tersebut berlangsung, banyak aktiviti di sebalik tabir berlaku. Antaranya seperti membeli barangan untuk hamper, membalut hamper, menghias dewan, menyediakan kad undangan serta penyediaan barangan untuk anugerah seperti pen berukir nama penerima dan beberapa hadiah sampingan yang lain.



Antara tetamu yang hadir ialah En. Affandi, En. Faizal, Cik Lyly, En. Zuraidi, Pn. Linda, Pn. Afaf, Pn. Ashida, Pn. Salwa, Cik Yati, Pn. Shaira, En. Yazid, En. Rozan dan En. Zakaria (keselamatan).



Ada juga yang datang bersama-sama dengan pasangan dan keluarga masing-masing.



Banyak aktiviti telah dilaksanakan seperti "Partner Game", "Table Activity", "Win,Lose or Draw" serta persembahan daripada Siswa & Siswi, telah menambahkan lagi kemeriahan majlis. Selain itu, aktiviti cabutan bertuah untuk lebih kurang 20 orang yang bertuah juga telah diadakan.




Bagi menyempurnakan majlis ke objektif asal majlis diadakan, beberapa orang pelajar telah diraikan dengan anugerah tertentu.
Anugerah Pelajar Cemerlang:
1. Ahmad Afif bin Azmi (Electronics)
2. Mohd. Quyyum bin Abd. Rahman (Power)
3. Mohd. Shahrimie bin Asaari (Instrumentation)
Anugerah Prestasi Pelajar Cemerlang:
1. Mohd. Shahrimie bin Asaari
2. Nurly Izana binti Mohamad Nasir
Anugerah Pelajar Cemerlang - Bidang Sukan:
1. Zuli Imran (Tennis)
2. Ayob bin Shafie (Futsal)
3. Mohd. Shahril Azreen (Softbol)
Anugerah Pelajar Berketerampilan:
1. Nur Azlan bin Abd. Malek (Siswa)
2. Nuryana binti Alias (Siswi)
Majlis yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam itu berakhir pada pukul 12 tengah malam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat beberapa masalah teknikal. Namun, kenangan yang terukir bersama amat dihargai oleh semua. "Kenangan Terindah" & "Hampir Ke Situ" menjadi lagu penutup majlis.


Ucapan jutaan terima kasih kepada penyumbang foto-foto - Irma, Quyyum.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua yang turut hadir dalam majlis ini.
Juga tidak dilupakan, ucapan terima kasih ini khas untuk Saudara Khairudin bin Mohamad kerana sudi menjadi pengacara majlis bersama.

CHIEF

No comments:

Post a Comment

WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAPPY ME

D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

MY HAPPINESS

MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE

EXTENDED GRATITUDE TO AMIN@AWE & KHAIRI NAIRFAN@UDIN FOR SHARING A FEW PHOTOS HERE.. (",)

MY MEMORIEZ

COURTESY OF NURUL AMIN@AWE