TERJEMAHAN AL-QURAN

QURAN TRANSLATION

Me MySeLf & I

sToRy Of My LiFe..

How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why.. This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life. All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!! Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion. Enjoy your readings!! CHIEF MAFIA

~ i LiKe ~

MY IKRAM JOURNEY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

BLIAW IN MY LIFE~

Daisypath Friendship tickers

~ LEAVE UR TRACE ~

I'D LIKE 2 WELCOME EVERYONE 2 MY PAGE!! DO LEAVE UR TRACES HERE~ LUV U LOTS!!

1.3.11

TIPS KURUSKAN BADAN

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia. Saya akan bahagikan tip-tip artikel ini kepada nutrisi & pemakanan, senaman dan suplemen.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Kita mulakan dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu makan, malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

  3. Kenali keperluan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Kalau tidak tahu, bagaimana hendak mengawal kuantiti pemakanan?!

  4. Roti canai ... hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Hanya perlu kira jumlah kalori yang anda boleh jimat dengan tip mudah ini.

  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangka masa panjang. Tetapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air dalam badan anda.

  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Juga perlu diingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tidak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tidak wajib. Tetapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur. Pastikan anda masukkan senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan?

  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tidak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjoging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan mengambil minuman seperti Milo, 100Plus atau Gatorade.

  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu sudah memadai. Biarkan badan anda rehat dan pulih ... yang penting adalah kualiti senaman.

  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

  7. Senaman untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi ... pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

Nak lagi tip-tip kurangkan berat badan? Need more help or tips? Saya sangat-sangat syorkan anda beli eBook saya berjudul Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu. Ia berikan panduan langkah demi langkah untuk menurunkan berat dengan cepat tanpa perlu berlapar. Senaman pun optional. Semua ikut gaya hidup kita di Malaysia.

- Artikel iluvislam.com

CHIEF

4 comments:

  1. hai kak shaz..sejak bila jd pakar diet dan nutrisi ni..hehe

    ReplyDelete
  2. CIK DINAH DONAT OII.. SAH2 LE KAK DAH SIAP LETAK CITATION N LABEL 'SHARING IS CARING' LG.. TU TANDA NYE KAK AMIK DPD WEBSITE LAIN DAA.. ADOII~~ KALO KAK NI JD PAKAR DIET N NUTRISI, IDOK LE KAK BULAT MCM BELON NI HAA.. ADOII~~ =='

    ReplyDelete
  3. huhu..sharing is caring ye..iyolah2

    ReplyDelete
  4. Banyaknya tips. Saya nak share di FB saya ya sis. Terima kasih. Cukup bermanfaat.

    ReplyDelete

WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAPPY ME

D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

MY HAPPINESS

MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE

EXTENDED GRATITUDE TO AMIN@AWE & KHAIRI NAIRFAN@UDIN FOR SHARING A FEW PHOTOS HERE.. (",)

MY MEMORIEZ

COURTESY OF NURUL AMIN@AWE