Sebelum ni org ada pernah posting 1 article ttg menyusukan bayi yg bukan anak sendiri. Kali ni org ada tbace 1 lagi posting ttg perkara yg sama menurut syariat pny. Jom bace kat bawah ni atau web asal nye..
PUTRAJAYA – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa wanita yang belum berkahwin tetapi mengambil pil hormon untuk menyusukan anak angkat mereka dibenarkan berbuat demikian.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui e-fatwa, penggunaan ubat atau suntikan yang tidak mempunyai unsur haram untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat wanita tersebut telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin atau sebaliknya.
Bagaimanapun, katanya, keharusan tersebut tidak tertakluk kepada seorang lelaki yang mengubah jantina kepada wanita.
“Keputusan tersebut diambil berdasarkan pandangan majoriti ulama yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak.
“Ia seperti mana pandangan mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya,” menurut kenyataan itu di www.e-fatwa.gov.my.
Jelas kenyataan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13 hingga 15 Oktober lalu telah membincangkan mengenai hukum wanita menyusukan anak angkat.
Anggota majlis, katanya, turut memutuskan bahawa seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat tersebut secara tetap telah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
“Bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti cukup bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan, susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi dan umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah (kalendar Islam),” katanya.
Dalam pada itu, muzakarah juga memutuskan seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga sebaliknya.
CHIEF
No comments:
Post a Comment
WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^