1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilat: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat: Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
Fadhilat: Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim
Fadhilat: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat: Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhent-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat
Fadhilat: Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Ta'ala"
9. Bercelak
Fadhilat: Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000x
Fadhilat: Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Solat sunat 4 rakaat.
Fadhilat: Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat " Sahaja aku solat sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Ta'ala" Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11x.
12. Membaca "Has biallahhu wa nik mal wa keel, nik mal maula wa nikmannaseer".
Fadhilat: Tidak mati pada tahun itu.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat: Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat: "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Ta'ala."
Fadhilat: Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannnya daripada neraka.
(ADAPTED FROM SAYA SAYANG AWAK TAPI...)
no 1 best.. ;p
ReplyDelete