TERJEMAHAN AL-QURAN

QURAN TRANSLATION

Me MySeLf & I

sToRy Of My LiFe..

How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why.. This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life. All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!! Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion. Enjoy your readings!! CHIEF MAFIA

~ i LiKe ~

MY IKRAM JOURNEY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

BLIAW IN MY LIFE~

Daisypath Friendship tickers

~ LEAVE UR TRACE ~

I'D LIKE 2 WELCOME EVERYONE 2 MY PAGE!! DO LEAVE UR TRACES HERE~ LUV U LOTS!!

9.4.12

HUKUM MEMASUKI GEREJA

Yesterday, I received an invitation from my school friend. One of my best buddies!! :) Very2 glad dat she's getting married. When?? 7th July 2012.. Soooooo happy for her.. Congrats Lay Hoon!! ^_^

Tapi yg menjadikan aty ini berbelah bagi ialah lokasi nye. Dia akan buat wedding tu di Church. Reservoir Garden Baptist Church, Penang. Org ni lak jenis yg krg sikit pengetahuan agama, telah mengemukakan persoalan tsebut kpd sahabat org Dr'Mujahidin. Beliau telah mberi pendapat beliau berdasarkan fakta2 Islam, spt di bawah:

but to me..just go to the wedding..
Dr.Asri sendiri pernah masuk church..tapi tak de pula isu dia keluar islam..

Berdasarkan dalil-dalil yang sahih menunjukkan bahawa Islam tidak melarang secara mutlak orang kafir untuk masuk ke dalam masjid, begitu juga orang Islam memasuki gereja. Namun yang diberi perhatian ialah situasi dan keadaan. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi terlarang dan dalam keadaan yang lain ia boleh jadi dibenarkan..

emm..sekiranya didalam majlis itu ada arak dan penuh dengan pesta pora.maka majlis itu boleh jadi haram bagi kita..dan boleh kita tolak pelawaan tersbut..tapi kalau tidak mahu tolak..datang dan ucapkan taniah..kemudian cakap dengan penuh berakhlak dan balik dengan senyuman...

lagi stu situasi..kalau datang..duduk dalam church..mesti akan ada doa dan nyinyian....maka duduk je diam2..better pergi berdua dan seorang muslim yang lain..jangan pergi sorang2.. seorang itu lebih mudah untuk syaitan menghasut..

kalau tak nak pergi..just tolak dengan elok..
alau nak pergi..cakap pada dia..hormatilah kita sebagai muslim..
kalau ada makanan2..pastikan ianya halal..dan air juga halal..
kalau tidak sry..

kita kena ingat..
sejauh mana baiknya mereka pada kita..
mereka tetap musuh Allah..
kalau mereka tak hormat kita..
kita juga harus tak hormat kepada mereka..


Selain tu, org gak ada surf2 net cari tentang hukum2 nye.. Jom kte pon same2 wat sdkt bacaan.

Website 1 : (AL-AHKAM.NET)

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. Terima Kasih kepada Saudara solid di atas pertanyaannya itu . Islam tidak melarang seseorang muslim itu untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam selagi mereka tidak menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya . Lantaran itulah Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah : Ertinya : “ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

Ertinya : “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “. Begitulah prinsip Islam terhadap golongan bukan Islam , iaitu berbaik-baik dengan mereka yang tidak memusuhi Islam dan umatnya dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan yang menentang Islam dan umatnya .

Kembali kita kepada topik yang dikemukakan di atas . Semata-mata masuk ke dalam gereja itu , tidak kami temui sebarang larangannya di dalam agama kita ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) . Walaupun begitu , ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan bersama , iaitu :

( 1 ) ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w : Ertinya : “ Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( kuasa ) , maka jika cara itu tidak terdaya dilakukannya maka hendaklah dengan menggunakan lisan ( nasihat dan teguran ) , dan kalau tidak mampu juga dengan lisan , maka hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan hatinya ( dengan perasaan tidak suka / tidak redha ) , kerana itu adalah selemah-lemah iman “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh , al-Imam Ahmad rh , al-Imam Abu Daud rh dan al-Imam Ibnu Majah rh .

( 2 ) ~ Atsar ( kata-kata sahabat r.a ) : Ertinya : Saidina Ali r.a pernah berkata : “ Aku pernah membuat makanan lalu aku menjemput Baginda Rasulullah s.a.w , maka manakala sahaja dia sampai ke rumahku , dilihatnya ada gambar-gambar di dalam rumahku , lalu Baginda s.a.w pun balik “ ~ Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh .

( 3 ) Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi : Ertinya : “ Barang siapa yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka janganlah sekali-kali di dalam satu majlis ( hidangan ) yang disediakan arak padanya “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh , al-Imam Nasaie rh , al-Imam at-Tirmidzie rh dan al-Imam al-Hakim rh .

( 4 ) ~ Saidina ‘Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata : Ertinya : “ Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar “ ~ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab as-Solah .

Mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a : “ Kalau begitu , bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ? , dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ? . "

JAWAPANNYA :

Di sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut itu :

{ 1 } ~ Biasanya , pesta-pesta perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum – kenduri di rumah-rumah mereka . Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam , kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja , tetapi kenduri di rumah-rumah kita , ataupun di balairaya – balairaya dan bagi yang berduit banyak , di hotel-hotel . Oleh itu , jika kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam , maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita ke majlis akad nikah mereka . Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka . Kita Cuma perlu hadir ke rumah-rumah mereka sahaja yang di situlah mereka mengadakan majlis kenduri .

{ 2 } ~ Kalau kita bimbang juga kita dikira “ bersyubahat “ kerana di dalam majlis-majlis kenduri mereka sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya , maka kita TANGGUHKANLAH kehadiran kita sehingga selesai majlis itu . Apabila selesai majlis itu , kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun “ berbasa-basi “ dan menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada ( kalau tiada pun tidak mengapa , sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia ) , dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu . Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ?.

{ 3 } ~ Kalau cara kedua “ tak jalan “ . Maka TANGGUHKANLAH lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai . Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu . Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari selepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan bagus sebagai GANTI ( qodho ) ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya . Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan ? . :smirk: Dan bukankah cara itu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik , sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ? . :yess Umat Islam hendaklah sentiasa “ cerdik “ , “ berhati-hati “ dan juga “ sentiasa berdakwah “ dengan segala kebolehan yang ada !!! . Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama . Wallahu A'alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ FATAWA MU’ASIROH III ( ms 668 ) ~ Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ha Penasihat & Mufti Negara Qatar serta Dekan Fakulti Syariah di Qatar ..

2 – KATA BERJAWAB : 1 –5 Oleh : al-‘Allamah Ustadz Abd. Qadir Hassan rh Topik : Mendatangi Pesta Kahwin Di Gereja , Halaman : 806 – 807 Terbitan : Yayasan al-Muslimun , Bangil , Indonesia Harga : 10.00 3 – SJ - 1961: PERAYAAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8472 4 - SJ - 1878 : MENZIARAHI IBU-BAPA YANG BELUM MEMELUK ISLAM http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?


Website 2: (JAIS.COM)

Hukum Masuk Ke Gereja

Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.

2. Yang Membolehkan
Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.

3.Yang Mutlak Diharamkan
Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

CHIEF

No comments:

Post a Comment

WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAPPY ME

D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

MY HAPPINESS

MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE

EXTENDED GRATITUDE TO AMIN@AWE & KHAIRI NAIRFAN@UDIN FOR SHARING A FEW PHOTOS HERE.. (",)

MY MEMORIEZ

COURTESY OF NURUL AMIN@AWE