Ku terfikir
Andai itu berlaku
Mampukah aku teruskan?
Apa persepsi orang lain?
Adakah ku jua akan merasa apa yg mereka rasa?
Ku laluinya
Nekad di dada
Cekal di hati
Tiada titik berundur
Jangan jilat setelah meludah
Ku berbicara suram
Jawapan mereka agak mengecewakan
Mempertikai keputusan diri
Konon berfikir tentang zaman ini
Segalanya sukar belaka
Ku berkira semula
Andai hasrat itu diteruskan
Apakah hasil masa depan ku?
Akan kecewakah insan yang ku sayang?
Apa masih ada peluang itu?
Ku terus percaya
Hati tidak pernah menipu diriku
Sesungguhnya telah ditetapkan Yang Esa
Perjuangan ku sekadar di sini saja
Melepaskan yang telah lama ku miliki
Ku nekad kini
Akan ku lalui semua ini
Penuh redha & pasrah pada Ilahi
Bersama Dia pemilik rezeki
Ada hikmah atas semua yang terjadi
Ku sudah bersedia
Warkah keramat sudah tersedia
Perutusan buat yang kehormat
Sebelum diri ini pergi selama-lamanya
Hormatilah segala yang ku putuskan
Ku punya prinsip
Tidak akan menuding jari
Biar ku tanggung segalanya sendiri
Doaku agar mereka berubah
Jangan sia-siakan insan yang telah berbudi
Ku mohon maaf
Andai gurau melampau batas
Kiranya tutur umpama halilintar
Jika perlakuan buruk perangai
Mohon dihalalkan segala-galanya
Kerana...
Ku kan pergi~
CHIEF
No comments:
Post a Comment
WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^