Akhirnya, hari yang di tunggu2 oleh semua umat Islam di seluruh Malaysia telah pun menjengah kembali. Setelah perisytiharan yang dilakukan oleh pemegang Mohor Besar Raja-raja, tanggal 1 September 2008 telah ditetapkan sebagai permulaan bagi bulan yang mulia di seantero Malaysia. Syukur Alhamdulillah..
Diri ku ini telah berkesempatan selama 16tahun berpuasa penuh. Ye la, masa darjah 1, still puasa setengah hari.. Biasa lah, budak2 sekolah rendah.. (",) Tapi, pada kali ini, orang sangat berharap yang puasa yang orang laksanakan akan mendapat keberkatan dan di terima Allah. Sempena Ramadhan kali ini juga, orang akan cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri ke setiap Solat Tarawikh. Insya'Allah..
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
~Harapan Ramadhan - Raihan~
Semoga kedatangan bulan Ramadhan pada kali ini, akan memberi 1000 penawar buat diri kita semua. Insya'Allah akan mendapat keberkatan Allah S.W.T.
CHIEF
No comments:
Post a Comment
WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^