I LIKE DIS SELOKA VERY MUCH.. DATS Y I COPY-PASTE IT INTO MY BLOG POST..
hope pada sesapa yang namanya disebutkan dalam seloka ini tidak terasa hati (law terasa pon ada aku kesah) dan pada nama mereka yang tidak tersenarai dalam seloka ini, anda dikira bernasib baik (apa maksud kaw?). tu je nk ckp...
hasil production TENDANG KELUAR PINTU...
Tersilap kata harap dimaafkan, Semua ini sekadar hiburan, Salam dihulur tanda kemesraan, Seloka KEMBARA buat tatapan.
Berwajah bengis, tapi chomel aje,
Setiap program mesti dia ada,
Siti Shazwani ketua mafia kita,
Senyum dia pasti sampai telinga.
Anak papa, manja orangnya,
Naik bas sikit, mula lah pening kepala,
Loghat sabah tak lekang dari bibirnya,
Nuraziah Abdul Rahman itulah tuannya.
Kecil molek, tak tinggi mana,
Oh Lala, Oh Lala memang tagline dia,Sinurliana empunya nama,
Tapi bibik, tetap nama glemer.
Sekali pandang macam hero pakistan? (yang jual karpet tuh)
Tinggi lampai dah macam tiang,
Mohamad Firdaus jejaka idaman?
Dah La, boleh blah, jangan nak perasan.
Lagu cari jodoh dia memang hafal,
Maklumlah, belum jumpa calon sesuai,
Lelaki melayu terakhir, ini je hah yang tinggal,
Asraf Sazmel, itulah si otai.
Bercermin mata, segak orangnya, (puji tak ikhlas)
Backup ceplos tu memang keje dia,
Nak tahu pasal ubat leh risik tanya,
Muhammad Shukry, ketua keluarga Mufidah ke?
Kurus, tinggi dah macam galah,
Tak banyak songeh, cakap pun sepatah-sepatah,
Muka rilek, langsung tak ada masalah,
Mohd Ashraf,kau memang tak lah.
Dia dan futsal mang takleh dipisahkan,
Padahal main tak pernahnya menang,
Walau injured tapi tetap nak lawan, (kira star la)
Itulah Faris player bangku simpanan.
Masak-masak serah je kat dia,
Kuali da hangus berasap tahulah dia nak buat apa,
Nak makan apa, juz put your order,
Kejap lagi Chef Sayuti buat semua.
Dr Cinta nama diberi, (aku kompius)
William Shakespeare versi tak cukup inci, (ampun!!!)
Kalau anda ada masalah peribadi,
Taip ON AWE, masalah selesai,geranti! (tertakluk pada terma dan syarat. Caj perkhidmatan dikenakan)
Bila cakap memang susah nak berenti, (time makan dia diam kejap)
Pot..Pet..macam bertih dalam kuali,
Musuh dia Kamarul Abadi, (biasala orang hensem selalu dicemburui, bagai Shah Rukh dan bayang2)
Apa maksud kaw, wahai Ayuni.
Tak suka cakap, pemalunya dia,
Tapi kalau berenang mengalahkan semua,
Atas rakit dia boleh bantai tido selambe,
Bangun Amira, bukalah mata.
Bertudung litup ayu orangnya,
Puteri Hang Li Po, asal kedah je.
Susah nak senyum, memanjang serius je dia,
Nur Nabilah cuba try senyum tiga.
Hal-hal dapur semua dia tahu,
Dari sebesar belanga ke sekecil-kecil sudu,
Kalau bab komen, dia memang no satu,
Nur Amira, kaulah orang tu.
Muka garang buat orang takut,
Amir Farhan, dengar nama semua kecut perut,
Sesiapa kenal dia, confirm akan terkejut,
Dialah....Farid punya pengikut. (tarian berhantu)
Suka tunjuk gigi yang sebatang,
Itulah Ceplos versi perawan,
Mufidah Mahfuz nama timangan,
Sangat popular di tv9.
Suka senyum, tak suka marah,
Sangat cool, tak mudah melatah,
Suka bertanya, apa pun dia belasah,
Itulah dia Nur Fatihah.
Manis, penyantun, berpekerti mulia,
Jangan tertipu, anak dia da dua. (bila aku beranakkan korang, hah?)
Nabilah Tuaini empunya nama,
Mama yang garang, merajuk je kerjanya.
ASAL DARI DUNGUN, KEDAH
DIA & RASAMAS MMG SERASI...
PERASAN KACAK TAK MAHU KALAH
ITULAH KAM, TUAN PNY BODY
Walau kecil tapi cili padi,
Mohd Hazwan nama diberi,
Budak Sarawak, lawak dia menggeletek urat sendi,
Bila dah buka mulut, Faris confirm tak kering gusi.
Senyumnya manis menambat hati,
Orangnya kurus dan juga tinggi,
Umur muda da jadi Fasi,
Bertahi lalat, itulah Fadhli.
SLALU SORANG & MENYENDIRI
CANTIK RUPAWAN MANIS WAJAH
PANDAI MEMASAK (.. KE??), TAIPING MARI
DIALAH DAK HOTEL BERNAMA NADZIRAH
Perasan hensem berkaca mata,
Nur Iskandar itulah namanya,
Bila berjalan nak control macho aje,
Jom ramai-ramai kita belasah dia.
Anak papa yang sorang ni memang hantu korea,
Kalau dengar lagu, headphone bagak pasti ditelinga,
Sama malas macam kakaknya,
Fatimah Kamil semakin degil dia. (mungkin ajaran dari jiran seblah kanan)
Bercermin mata solehah orangnya,
Bila bersuara, kata-katanya berbisa,
Itulah dia Kak Dinah kita,
Tak taw nak elaborate apa, da kering idea.
Maaf andai terlanjur kata,
Salah dan silap bukan kami sengaja,
Seloka KEMBARA pengubat duka,
Sekadar gurauan antara kita.
CHIEF
No comments:
Post a Comment
WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^