TERJEMAHAN AL-QURAN

QURAN TRANSLATION

Me MySeLf & I

sToRy Of My LiFe..

How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why.. This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life. All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!! Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion. Enjoy your readings!! CHIEF MAFIA

~ i LiKe ~

MY IKRAM JOURNEY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

BLIAW IN MY LIFE~

Daisypath Friendship tickers

~ LEAVE UR TRACE ~

I'D LIKE 2 WELCOME EVERYONE 2 MY PAGE!! DO LEAVE UR TRACES HERE~ LUV U LOTS!!

15.8.11

IBU MUDA TAWAR KONGSI SUSU

FITRAH bagi setiap bayi yang dilahirkan di dunia ini, susu adalah santapan pertama mereka dan ia akan berterusan sehingga mencapai umur dua tahun.

Menyusukan bayi dengan susu sendiri juga permulaan fasa kehidupan paling bermakna. Kebaikan dan ganjarannya bukan sahaja untuk bayi malah diri si ibu juga.

Bagaimanapun, tidak semua bayi beruntung. Ramai bayi yang terpaksa diberi susu formula pada awal kelahiran kerana si ibu tidak mampu menyusukan anaknya.

Ada keadaan di mana si ibu sakit selepas melahirkan dan terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat. Ada juga ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu dan banyak pula kes si ibu meninggal dunia ketika bersalin.

Dalam situasi ini, bayi tidak mempunyai pilihan selain diberikan susu formula.

Prihatin dengan fenomena yang sering dianggap bukan masalah ini, wujud satu rangkaian komuniti maya yang tampil secara sukarela bagi berkongsi susu ibu.

Human Milk For Human Baby (HM4HB) telah diasaskan pada Oktober 2010 oleh seorang ibu, Emma Kwasnica dari Montreal, Kanada.

Sejarahnya bermula apabila ada rakan senegara Emma yang bertugas di Indonesia mencari susu ibu untuk anak lelakinya selepas isterinya meninggal dunia.

Bertitik tolak pada kisah tersebut, Emma yang berpendapat susu ibu bukan satu komoditi yang sukar didapati, memulakan HM4HB untuk menyampaikan mesej ini - kaum ibu sepatutnya tidak perlu gusar untuk menderma dan jangan malu untuk meminta susu daripada ibu lain demi kesihatan bayi mereka.

Bertindak sebagai rangkaian perkongsian susu ibu global, kini ia mempunyai lebih 20,000 penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara. Daripada jumlah itu, seramai 953 orang adalah rakyat Malaysia.

Ada antara mereka, seperti Cher Pei Wei, sanggup mengepam susu badannya sehingga 20 botol kecil sehari sebelum diagihkan kepada lima anak susuannya. Wanita dari Sentul, Kuala Lumpur itu merupakan ibu kepada dua orang anak perempuan berusia lapan bulan dan empat tahun.

“Kami adalah ibu, keluarga angkat, nenek, penyusu badan profesional, sukarelawan, penderma dan penerima yang menyokong idea bahawa semua bayi berhak menerima susu manusia.

~Derma susu~

“Laman sosial Facebook dijadikan medium perhubungan kerana ia praktikal dalam menyebarkan maklumat dengan pantas.

“Ia seperti papan notis yang memberitahu ada ibu yang ingin menderma dan ibu yang memerlukan susu untuk bayinya,” ujar Nadine Ghows, 34, ketika ditemui Jurnal di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Komuniti maya ini turut menjadi tempat para ibu, bapa, penderma dan penerima berkongsi pengalaman, menyokong dan membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan susu ibu.

“Selain menjadi jambatan perkongsian susu ibu yang menemukan penderma dan penerima, HM4HB juga secara tidak langsung melindungi hak bayi dalam mendapatkan sumber makanan yang sihat.

“Susu ibu, rezeki biologi normal kepada manusia. Ia adalah sumber terbaik yang mengalir bebas dan perlu dikongsi supaya tradisi penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

“Ia juga memberi harapan baru kepada para ibu yang memerlukan stok susu tambahan.

“Sokongan seperti ini dapat mengelak si ibu tertekan kerana stok susu mereka tidak cukup atau mereka rasa gagal memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka,” jelas salah seorang penyokong aktif HM4HB, Ayuni Zainuddin, 27.

Sementara itu, menurut Zaszima Abu Samah, 34, matlamat penubuhan HM4HB mudah dan jelas.

Komuniti ini mahu masyarakat, sama ada ahli keluarga, pakar laktasi atau bidan, mengesyorkan perkongsian susu apabila ia diperlukan.

“Jika ada ibu yang bimbang kerana susu badan semakin kering atau bekalan yang ada tidak mencukupi, jangan malu dan ragu untuk berhubung dengan HM4HB.

“Jangan jadikan susu semakin kering sebagai alasan untuk memberikan susu formula kepada anak-anak anda.

“Sebagai ibu juga, jangan mudah bergantung atau kalah dengan pengaruh botol susu kerana ia sedikit sebanyak mampu membantutkan usaha berterusan untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu,” ujarnya.

Keprihatinan HM4HB yang membuka jalan kepada para ibu yang memerlukan bekalan susu ibu perlu dipuji.

“Kami percaya perkongsian tanggungjawab ini turut menyemai rasa kasih dalam kalangan penderma dan penerima.

“Justeru, sokongan masyarakat adalah penting dalam membina generasi yang lebih sihat dengan susu ibu.

~Berjangkit~

“Jangan anggap perkongsian ini sebagai perkara pelik apatah lagi ia berkaitan dengan kesihatan anak.

“Kami berharap satu hari nanti semua bayi di dunia dapat membesar tanpa bergantung kepada susu formula,” ujar ibu kepada bayi lelaki berusia tiga bulan, Ernadia Os’hara Omar, 27.

Tekanan sering menjadi punca susu ibu semakin mengurang. Perkara ini banyak terjadi kepada wanita bekerja. Bagi mereka, alternatif paling hampir ialah susu formula.

Ramai menganggap ia lebih mudah kerana tidak perlu mengepam susu ketika di pejabat.

Bagi Jean Chuah, 30, ibu bekerjaya ini bukan sahaja masih menyusukan bayi lelakinya yang berusia 10 bulan, malah dalam masa sama dia menjadi ibu susuan kepada dua bayi lain.

“Semasa anak saya berumur enam bulan, ada seorang ibu yang memerlukan bekalan susu ibu tambahan untuk anaknya yang berusia sebulan.

“Saya dermakan susu untuk beberapa ketika sehingga ibunya mampu menggandakan air susu.

“Bayi yang kedua pula berumur satu tahun setengah. Ibu kepada bayi berkenaan tidak begitu sihat dan masih dalam perawatan.

“Dia yang perlu mengambil beberapa jenis ubat tidak digalakkan untuk menyusukan anaknya. Diam tak diam, sudah hampir empat bulan saya mendermakan susu saya kepada anaknya,” katanya.

Selain Jean, Ayuni, turut mendermakan susunya kepada bayi lain.

“Saya dermakan susu kepada seorang rakan selama empat bulan. Dia akan mengambil susu tersebut dua minggu sekali untuk bekalan anak kecilnya,” ujar Ayuni yang mempunyai seorang bayi lelaki.

Apabila bercakap soal perkongsian, sudah tentu si ibu mahukan susu daripada wanita sihat untuk anaknya.

Prihatin tentang keselamatan dan kesihatan susu serta penderma, HM4HB turut menyediakan panduan berkaitan perkara itu.

“Susu ibu yang mengalir terus daripada payu dara dijamin bersih dan selamat bahkan tiada susu sehebat susu ibu. Biarpun ratusan susu formula dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.

“Dalam konteks keselamatan susu, sekiranya penderma mempunyai penyakit berjangkit sekali pun, sangat rendah peratusan susu ibu yang tercemar.

“Penyakit yang ada pada ibu jarang-jarang hadir dalam susunya,” ujar Nadine.

Jelas ibu kepada dua anak ini lagi, susu ibu adalah susu hidup, manakala susu formula adalah susu mati. Ini bermakna dalam susu ibu ada antivirus, antifungal dan antibakteria.

Bersetuju dengan pendapat Nadine, Shahidah Ahmad Khan, 30, sempat berkongsi teknik penyimpanan perahan susu ibu yang juga dikenali sebagai expressed breast milk (EBM).

“Sama ada penderma atau penerima, EBM perlu disimpan dengan betul untuk mengelak bayi mendapat keracunan susu.

“Untuk sekali susuan, bayi biasanya menyusu sehingga tiga auns.

“Sekiranya susu yang diperah tidak mencapai tiga auns, simpan susu di dalam bekas yang bertutup di ruang sejuk dingin sehingga jumlahnya mencukupi.

“Selepas cukup tiga auns, buat label pada bekas. Tuliskan tarikh dan masa perahan pada setiap bekas simpanan susu.

“Setelah itu, simpan ia di dalam ruang sejuk beku dan ia boleh bertahan sehingga tiga bulan.

“Jika disimpan di ruang sejuk dingin, ia boleh bertahan selama 72 jam dan lapan jam jika disimpan di ruang dengan suhu bilik.

“Susu ibu juga tidak boleh dimasak. Jika ingin berikan susu kepada anak, panaskan susu dengan merendam bekas susu ke dalam air suam.

“Perlu diingat, baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula,” terang Shahidah.

ADAPTED FROM KOSMO

CHIEF

2 comments:

  1. kte rase kan kak HM4HB ni okey tp those people yg involve kena tau n follow up dengan anak susuan dorang.. dalam islam saudara susuan tak boley nikah kan?

    ReplyDelete
  2. TOL3~ MMG KNE STAY-CONNECTED.. :) IF X, JENUH LAA.. SONOX NYE!! SUKE3~

    ReplyDelete

WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAPPY ME

D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

MY HAPPINESS

MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE

EXTENDED GRATITUDE TO AMIN@AWE & KHAIRI NAIRFAN@UDIN FOR SHARING A FEW PHOTOS HERE.. (",)

MY MEMORIEZ

COURTESY OF NURUL AMIN@AWE