TERJEMAHAN AL-QURAN

QURAN TRANSLATION

Me MySeLf & I

sToRy Of My LiFe..

How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why.. This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life. All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!! Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion. Enjoy your readings!! CHIEF MAFIA

~ i LiKe ~

MY IKRAM JOURNEY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

BLIAW IN MY LIFE~

Daisypath Friendship tickers

~ LEAVE UR TRACE ~

I'D LIKE 2 WELCOME EVERYONE 2 MY PAGE!! DO LEAVE UR TRACES HERE~ LUV U LOTS!!

23.8.12

IKHTILAT


Haa~ Mesti ada di antara kita yg kurang suke bila ada postings tentang bab2 agama ni.. :) Xpe, tak paksa utk bace or amik tahu pon. Tp tahukah anda bahawa melalui pembacaan itu kte ley tambah ilmu?? ^_^

Betol!! Tak tipu~ Sy pon dulu jarang membaca, sbb sy ni jenis malas!! Tp lately, bila sy ada sahabat2 yg suke berkongsi ilmu n postings yg berkaitan akhirat, sy pon menjadi gian utk membace!! BEST!!

So tadi, masa sy tgh dok main FB as usual, adik sy Ashraf Idris ada posting kat IKRAM Discussion Group tu.. Tentang ikhtilat!! So, sy pon nk amik kesempatan ni utk share ape yg boley.. IMPORTANT!!


Pengecualian dari hukum asal ikhtilat tersebut 

1.Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuanmemberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain . Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram. 
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat Muamalat Maliyyah (urusan harta)

2. Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.

3. Penyaksian (urusan mahkamah) 
Penyaksian wanita diterima syara. Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan. 

4. Urusan kerja 
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad. 

5. Melayani tetamu 
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya ‘khalwah’ (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu. 

6. Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat 
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berfoya-foya . Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga , menziarahi keluarga , pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya. 

7. Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis 
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan. 

8. Pergaulan semasa belajar 
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam 
Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi. 
1.Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
2.Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. 
3. Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 
4. Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap. 


Andai mahu membaca lebih lanjut berserta dalil2 nye, sila jmpa Mr.Iq ye~ ^_^

CHIEF

No comments:

Post a Comment

WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HAPPY ME

D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

MY HAPPINESS

MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE

EXTENDED GRATITUDE TO AMIN@AWE & KHAIRI NAIRFAN@UDIN FOR SHARING A FEW PHOTOS HERE.. (",)

MY MEMORIEZ

COURTESY OF NURUL AMIN@AWE