(pandai tak sy cari dari youtube?)
Baru-baru ni sy ada terdengar di radio lagu nyanyian Black featuring Malique. Apabila sy dengar dgn penuh teliti, rupe2nya syahdu sungguh lagu ini. Lirik lagu nye ada di bawah ini sy copy-paste dari LIRIKLAGUMUZIKA. Jom bace lagunye..
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kira
Mati pun bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kira
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Pada sy, lagu ni adalah nyanyian seorang suami kpd sang isteri, memberitahu yg dia akn meninggalkan isterinye kerana penyakitnya. :-( Sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini utk selamanya, dia sudah pun dibayangi gambaran bahawa tempatnye akan diganti oleh seseorang yg bakal menggantikan tempatnya. Sungguhpun begitu, dia redha dan mahukan ada org menjaga isterinya.
Adakah sy emosi?? Harapn2 nye tidaklah.. Andai tersalah tafsir meanings di sebalik lagu ini, sy mohon maaf. Tapi siyesly lagu ni walaupun ala2 rancak, namun menyentuh aty dan sanubari.. Cewaaahhh~ :P
CHIEF
No comments:
Post a Comment
WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^