Aku tak seperti insan lain
Cuma diriku yang tahu
Siapa diriku yang sebenar nya
Aku sangat mengasihi sahabat2 ku
Namun aku diperlakukan seperti debu
Aku disapa ketika perlu
Aku dicampak bila jemu
Aku sering tertanya di dalam hati
Apa khilaf ku hingga jadi begini?
Hati yang mana telah ku gurisi?
Insan yang mana telah aku khianati?
Aku tak pernah lupa pada cinta hatiku
Dalam setiap usai solatku
Ku titip doa ikhlas buatmu
Agar hatimu redha menerimaku
Tapi aku terkilan di hati
Kerana aku bukanlah yang kau kasihi
Dia yang sentiasa bermain di visi
Dia sempurna padamu dari semua segi
Setiap malam ku menangis sendiri
Sejak tarikh itu terpateri
Aku hilang punca tentang realiti
Aku bagai tiada destinasi
Murung ku di dalam hati
Di raut wajah tidak diukiri
Masih ingin menggembirakan yang di sisi
Tanpa memberitahu ku merintih bersendiri
Ku memilihmu kerana pekerti
Akidah & akhlak terangkum sekali
Bukan kerana penampilan diri
Atau raut yang sentiasa berseri
Ku ingin memilikimu teruna hati
Menjadi imamku sekadar sehari
Sebelum diriku berlalu pergi
Andai sudah tercatat oleh Ilahi
Tapi apakan daya daku terbaca
Kau ingin putuskan yang kita ada
Termasuk persahabatan yang lama terbina?
Ukhuwah & kenangan terpisah tiada
Andai sudah itu kata putusmu
Relaku berundur menapak beribu
Agar kau tenang tanpa hadirku
Semoga bahagia aman selalu
Sungguh pun kita tiada janji
Terlerai ikatan mutiara berlari
Doaku padaNya setiap hari
Jagalah dirimu yang ku sayangi
Kerana diriku tiada daya lagi
Melihat dari kejauhan itu mesti
Bahagia diriku di majlis mu nanti
Dengan insan yang kau cintai
Pastinya bukan denganku yang setia menanti
Walaupun cinta ku cinta sejati
Mencintaimu kerana Ilahi
Ku relakan kau melangkah pergi
Demi ukhuwah yang pernah terpateri
CHIEF
TERJEMAHAN AL-QURAN
QURAN TRANSLATION
Me MySeLf & I
sToRy Of My LiFe..
How my life goes.. People don't know the process n the flow. People always intend to misjudge me. I just don't understand why..
This is one of the ultimate reasons for me to share this blog with those who really need to get to know me better and would like to see the different view of life.
All I have here is just to express what I could, from my experiences and things, people that I love. Looks rather simple, but trust me, it is very tough!!
Venture down my words and nurture the good once out and save the undesired once, probably for a second opinion.
Enjoy your readings!!
CHIEF MAFIA
~ i LiKe ~
23.1.13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HAPPY ME
D Sweet Moments Slideshow: Shazzy’s trip from Pulau Penang, Pinang, Malaysia to 9 cities , Kuala Lumpur, Kedah, Georgetown, Batu Ferringhi, Shah Alam, Ipoh, Sungai Petani and Butterworth was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
MY JOURNEY 4 KNOWLEDGE
MY MEMORIEZ
COURTESY OF NURUL AMIN@AWE
ini adalah epic.
ReplyDeletesaya sebak merasai karangan ini.
kenang dia dalam doamu.
sentiasa
KO IGT NI CTER GAJAH MAMMOTH KE?? NK EPIC BAGAI~ HAK3!! KO PRNH MERASA, KAN?? TU YG KO TLEBEY TAU TUU :P
Deletesaya juga merasakan ia, ini.. itu.. dan semuanya.. ok.. saya nak baca dulu, nanti saya komen balik.
DeleteAWE XYAH LA NK WAT AYT PENING SGT KAN~ ==" INI SUME PROPA!!
Delete