Hari ini ulangtahun itu kembali
Bukan ulangtahun yg perlu diingati
Tapi entah bagaimana
Pasti teringat sendiri kenangan itu
Saat malam nan indah itu
Tiba2 terkelamkan dek kata2
Yg pada mulanya memberi harapan
Namun akhirnya meruntun perasaan
Masih telinga ini terngiang
Masih mata ini terbayang
Masih hati ini tersiang
Namun bibir tiada tersenyum girang
Air mata menitis tiada yg peduli
Minda runsing tiada yg kisah
Hati gundah tiada yg tahu
Allah sahaja peneman setia
Mendengar semua yang diriku bicara
Menyaksikan titisan air mata
Memakbulkan segala doa
Andai segala yg pernah dibina
Cuma hiasan dunia semata
Maaf diminta atas khilaf semua
Ku insan biasa yg terus mengharap
Mencari jawapan yg tiada pasti
Mengubah diri menjadi terbaik
Kerana dirimu pernah hadir
Membawa cahaya dalam jalan ku
Menuju kebenaran jalan yg diredhai Nya
Tatkala ku terkapai2 di jalan dosa
Kamu hadir menyambut tanganku
Tatkala ku terhuyung-hayang di samar cahaya
Kamu tiba membawa nur bersama
Tatkala ku jauh tersimpang dari landasan
Kamu menerpa gagah menyelamatkan
Itulah urusan Allah yg tak pernah ku lihat
Cukuplah kamu dijadikan pinjaman
Agar ku dalam agama keagungan
Kini dan sepanjang zaman
Dirimu tetap ku kenang ke akhir hayat
Bukan kerana ada persahabatan
Tapi kerana ukhuwah yg pernah terjalin
Sungguhpun kita tiada ikatan
Bersyukurlah diriku dengan satu hubungan
Yg telah Allah permudahkan segala urusan
Sejak pertemuan kekal selagi hayat di kandung badan
Air mata kini ku titiskan
Bukan kerana mengenang yg lalu
Tapi mutiara ini ku titiskan
Kerana Allah masih membuka hatiku
Untuk tidak bermusuh dengan dirimu
Walaupun diriku kini tahu
Kamu tidak tercipta untuk ku
Setahun yg tak pernah luput
Ku abadikan dalam sanubari
Sehingga ku mati~
CHIEF
No comments:
Post a Comment
WHAT DO U HAVE TO SAY?? ^_^